Khamis, 12 September 2013

Ahli UMNO Burukkan Parti Berdepan Tindakan Tegas Dan Gantung Keahlian

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan mana-mana pihak khususnya ahli UMNO yang melakukan tindakan negatif dan memburuk-burukkan parti akan dikenakan tindakan tegas.

tengku-adnan-mansor-setiausaha-agung-umno

Beliau berkata demikian ekoran maklumat di peringkat UMNO Bahagian yang diterima Ibu Pejabat UMNO bahawa terdapat pihak yang bertindak negatif termasuklah mengoyak, membakar dan cubaan melakukan politik wang.

“Saya ingin mengingatkan semua pihak khususnya ahli-ahli UMNO agar tidak mengambil kesempatan terhadap mana-mana persidangan sama ada untuk kepentingan peribadi atau atas agenda lain termasuklah membatalkan persidangan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ini kerana katanya, kuasa pemutus adalah ditentukan oleh Majlis Tertinggi sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan dan peraturan parti.

“Mana-mana ahli UMNO yang secara jelas terlibat dalam anasir-anasir sedemikian dan melanggar tataetika ahli UMNO maka mereka akan diambil tindakan keras termasuklah digantung keahliannya.”

Katanya, Pemilihan UMNO yang bakal berlangsung dengan dikawalselia oleh Jawatankuasa Khas Pemilihan UMNO 2013, dilaporkan bahawa Jawatankuasa terbabit menerima pelbagai aduan.

“Jawatankuasa tersebut bersidang tiap-tiap hari di Ibu Pejabat bagi membincang, menyelaras, menyelia dan memastikan setiap aduan berkaitan permasalahan yang timbul dapat ditangani dengan adil dan telus seterusnya memberi kaedah penyelesaian terbaik.

“Antara aduan-aduan yang diterima oleh Jawatankuasa terbabit adalah bersifat dengan sengaja berniat untuk memburukkan anggota, cawangan, bahagian atau berniat untuk membatalkan mesyuarat yang dijalankan dan aduan yang tidak munasabah.”

Jelas beliau lagi, Ibu Pejabat juga telah mengenalpasti beberapa UMNO Bahagian yang bermasalah seperti di Pulau Pinang, Kelantan, Perak dan beberapa negeri yang lain dan Ibu Pejabat sedang meneliti dan memperhalusi kaedah terbaik agar setiap masalah dapat diselesaikan dengan baik.

Dalam masa yang sama beliau turut menyarankan mana-mana anggota, cawangan dan bahagian yang akan bermesyuarat agar membuat semakan keahlian bagi mengelakkan sebarang kerumitan dan permasalahan berlaku.

“Persidangan cawangan yang berlangsung pada tahun 2010, 2011 dan 2012, Ibu Pejabat tidak menerima sebarang aduan berkaitan keahlian di mana-mana cawangan namun demikian, dalam persidangan cawangan 2013 terdapat pelbagai masalah yang timbul barangkali ekoran kelalaian atau kelekaan daripada membuat semakan keahlian masing-masing.”

Pemutihan ahli UMNO telah dibuat pada tahun 2010, 2011 dan 2012 ekoran daripada pindaan Perlembagaan UMNO pada 15 Oktober 2009 yang menetapkan agar senarai ahli yang ada di setiap bahagian adalah mengikut daftar yang terkini setelah penghapusan yuran tahunan ahli selain pentingnya untuk memastikan kesahihan senarai ahli UMNO antara bahagian dan Ibu Pejabat.

Sehingga hari ini, dilaporkan jumlah perwakilan yang telah selesai melaksanakan tanggungjawabnya melalui persidangan cawangan ialah sekitar 53 peratus.

Sebarang permasalahan berkaitan keahlian dan semakan boleh dibuat dengan menghubungi talian bebas tol Ibu Pejabat UMNO 1-800-22-8666.

Berikut adalah Siaran Media oleh Setiausaha Agung UMNO.

12 SEPTEMBER 2013
KENYATAAN MEDIA

Rabu, 11 September 2013

GERAKAN SOKONG TAYANGAN TANDA PUTERA?

Kedah Gerakan: Tiada masalah tayang 'Tanda Putera' Gerakan Kedah tidak nampak sebarang masalah dengan penayangan filem 'Tanda Putera' malam ini sebagai sebahagian daripada sambutan Kemerdekaan, walaupun bendera parti itu dipaparkan dengan jelas bersama orang DAP dalam beberapa adegannya.Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang (kiri) mempersoalkan tujuan sebenar mereka yang membantah tayangan filem tersebut di Wisma Darul Aman pada jam 7.30 malam ini.Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir telah menjemput ahli kerabat diraja negeri, ahli Parlimen dan ADUN BN dan Pakatan Rakyat untuk menonton filem tersebut, tetapi mereka dari Pakatan memutuskan untuk memboikot kerana mendakwa filem itu mengandungi sensitiviti perkauman.Tan sebaliknya menasihatkan mereka supaya menonton filem terlebih dahulu, sambil menegaskan bahawa 'mereka banyak mengulas tentang hal itu tanpa menontonnya'.Beliau menyifatkannya sebagai satu duluan (precedent) yang tidak baik jika tayangan filem itu dihentikan berdasarkan kepentingan politik sendiri.Tan ( kiri) mengakui bahawa bendera Gerakan juga dipaparkan dengan jelas bersama orang DAP semasa adegan ganas dan berdarah untuk menggambarkan keadaan semasa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969."Tetapi ini adalah benar setakat yang saya tahu. Saya tidak nampak bahagian mana yang tidak benar. Mungkin saya tidak pasti ketulenan adegan kecil dalam filem ini tetapi secara umumnya, ia adalah kisah yang benar kerana saya memberi lebih tumpuan kepada persahabatan antara bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Ismail Abdul Rahman," katanya."Gerakan tidak boleh komplen tentang bagaimana ia digambarkan dalam filem itu kerana kita sememangnya sebahagian daripada pembangkang pada masa itu," kata Tan.Tan berkata filem itu telah menunjukkan dengan betul bahawa Presiden Gerakan ketika itu, Dr Lim Chong Eu membuat pendirian untuk menyokong Tun Razak kerana "kepentingan negara" dan untuk menyelesaikan pergolakan politik kerana konflik perkauman pada ketika itu."Wakil Pakatan Rakyat, dengan mengatakan mereka akan memboikot filem itu, adakah mereka juga mengatakan bahawa Umno patut memboikot filemThe New Village?" tanya Tan.
- ehsan rakyat nasionalis.

BERTAHANKAH AKIDAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA???

Serangan terhadap akidah orang Islam terutama melayu tidak akan berhenti dengan kekalahan mereka dalam pru ke 13 lepas.
Akan timbul lagi pelbagai slogan dan simbol bagi mengaburi hasrat mereka menyesatkan umat Islam terutama bangsa Melayu di Malaysia.
Agensi-agensi Islam kerajaan dan NGO Islam perlu mengembleng tenaga, idea , prasarana, kewangan dan sebagainya bagi menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah secara terus menerus dan berkesan agar umat Islam melayu khususnya tidak terpengaruh dan terperdaya dengan dakyah-dakyah songsang mereka.
Usahlah hendak bergantung harap sangat dengan parti politik yang berjenama Islam, kerana dari sebelum merdeka sehingga kini ....entahlah nak cakap.
- ehsan Mohammad Firdaus Hasnel

Selasa, 10 September 2013

TAK HABIS2 DENGAN 20 SEN !!!

Kerana pengurangan subsidi minyak 0.20 sen seliter ......

1)Tau kah anda 70% jumlah minyak penggunanya ada lah mereka yang berpendapatan tinggi!
2)Tau kah anda lebih 70 % mereka yang berpendapatan tinggi, peniaga dan usahaan itu bukan bangsa melayu!
3)Tau kah anda penguna minyak oleh mereka yang berpendapatan rendah itu menggunakan sekitar 2 liter sahaja sehari adalah hampir 80% ada lah melayu dan akan diberikan semula hasil pengurangan subsidi ini dalam bentuk lain seperti BR1M dan lain2 kemudahan/bantuan kerajaan kepada mereka!
4) Tau kah anda kesan berantai menaikkan harga barang akibat pengurangan subsidi ini di buat oleh mereka yang berpendatan tinggi, peniaga dan usahawan dengan menaikkan harga untuk menekan rakyat itu 70% adalah bangsa bukan melayu!

Andai kita faham sebab musabab penarikan subsidi ini anda akan berasa bersyukur dan akan berterima kasih kepada kerajaan kerana bantuan dan subsidi selama ini untuk minyak di kaut oleh mereka yg berpendapatan tinggi, peniaga dan usahawan dan kerajaan sedang berusaha untuk memberikan balek subsidi ini dalam bentuk lain kepada mereka yang lebih layak dibantu!
- Ehsan Bahazelan Wahab.

SEMUA MENTERI TAK PAYAH TANDING KERUSI MT ????

Akhir akhir ini semua orang di sana sini bercerita dan bercakap pasal Pemilihan UMNO 2013 di serata ceruk negara setiap hari pagi petang siang malam si polan ini layak dok MT ..si polan ini layak jadi Naib Presiden ..si Anu layak jadi ketua ini dan itu.

Keputusan PRU 12 dah terok ..PRU 13 bertambah terok walau pun dapat balik beberapa negeri ke tangan BN .. Tapi bila sampai Pemilihan UMNO ..masing masing lupa akan kesilapan kesilapan yang berlaku pada 2 PRU yang lalu.. Selain dari menyalahkan Tsunami yang tak berapa Tsunami tu.. Kesilapan sendiri pihak atasan parti berlalu begitu saja ..kesilapan petugas petugas parti yang bekerja bermati matian akan dikorek sampai ke lubang cacing..kemudian dihebohkan sekampung ..senegeri sampai ke seluruh negara..

Suatu masa dulu kalau kita masih ingat lah .. Kakitangan kerajaan serta ahli2 parti lain cukup hormat dan gerun bila ketua sayap sayap dan naib naib presiden UMNO bersuara ..kalau boleh mereka tak mahu dengar suara Timbalan Presiden atau Presiden UMNO bersuara.. tapi hari ini ..suara Presiden UMNO pun mereka buat tak tahu jer..

UMNO parti utama dalam BARISAN NASIONAL ..tapi lihat lah sekarang ini parti parti komponen dah hilang HORMAT mereka kepada UMNO .. sedih betul rasanya .
Dalam keadaan begini pun para pemimpin UMNO masih nak mendabik dada .. berebut jawatan sesama sendiri ..sedar lah wahai para pemimpin bahawa hari ini bangsa mu yakni bangsa MELAYU sudah terbahagi kepada 3 puak dan UMNO hanya mewakili 1 daripada 3 puak MELAYU itu .. BERUBAH LAH

Kembali lah kepada asal .. PARTI MENGUASAI KERAJAAN dan bukan saperti sekarang KERAJAAN MENGUASAI PARTI ..

Kepada para pemimpin yang SUDAH DILANTIK SEBAGAI MENTERI dan TIMBALAN MENTERI tu .. TAK PAYAH LAH BERTANDING KERUSI MAJLIS TERTINGGI .. TUMPUKAN PERHATIAN dan KERJA serta AMANAH yang telah diberikan kepada awak semua sebagai MENTERI dan TIMBALAN MENTERI... BIARLAH para pemimpin yang BUKAN dari kalangan para menteri menduduki kerusi AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO .. Supaya mereka ini dapat menumpukan perhatian serta masa mereka untuk memulihkan serta memperkukuhkan semula UMNO untuk menghadapi PRU 14 nanti..

Kita semua sama sama sayangkan parti UMNO ini ..PULIHKAN HARGA DIRI UMNO DEMI BANGSA MELAYU DEMI AGAMA dan DEMI MALAYSIA TANAHAIR TUMPAH DARAHKU

HIDUP UMNO !! HIDUP MELAYU !! HIDUP UMNO !! HIDUP MELAYU !! HIDUP UMNO !!

- ehsan Zul Mohd.

Isnin, 9 September 2013

Perjuangan Yang Hanya Berbekalkan....

Perjuangan yang hanya berbekal kan semangat kental sahaja akan tewas jika tanpa strategi, perancangan dan ilmu!
Sejarah membuktikan orang yang mengamuk sebab tidak mampu menahan sabar dan berfikir dia mampu membunuh semua orang dengan amarahnya sering berakhir dengan dia mati dibunuh!
- ehsan Bahazelan Wahab.

WAHAI ANAK MUDA !!!

Disebabkan kenaikan 2 kupang tu ja 90% anak2 muda harapan bangsa beralih arah???!!!
Masalah ekonomi M'sia siapa yang tau..

Negeri Taklukan PR dijanjikan penurunan harga minyak..
Warga Penang masih menunggu janji2 Itu
Tapi sampai saat ni pun..arRGgHh,malaih laa nak kondemn banyak2 sangat!!

Wahai anak2 muda,sedar Laa..hidup dengan janji2 tak mungkin menjamin masa depan rakyat.
Wahai parasit2 yang lupa diri..
Parasit2 yang mulakan dulu agenda menjajah fikiran anak2 muda dengan MEWAS2KAN KETUANAN MELAYU...

#Sang SaKa Cuba Nak Berkibar Megah

- ehsan Azlina Sofea

Ahad, 8 September 2013

MELAYU TAU KRITIK JE..???

Celik jer mata terus bangun dari tidor subuh2 hari ..... selepas mandi dan buat apa yang patut terus capai pisau getah dan pergi menoreh .. dan itu lah rutin harian dah berpuloh tahun... sebelah petang dok kedai kopi dok sembang tentang betapa bodohnya si nelayan yang tak pandai menangkap ikan dan jual ikan mahal! adalah malang dan amat janggal apabila orang yang bukan pakar mengkritik benda yang bukan bidang dia...! itu lah kebanyakan sifat orang melayu masa kini...

- ehsan Bahazelan Wahab.

ANDA MAHU MENGARANG DI SINI?

Peluang terbuka untuk anda mengarang diblog ini sebagai pengarang jemputan.Walaubagaimanapun semua bahan karangan adalah tanggungjawab anda sendiri sepenuhnya.Anda boleh saja menggunakan nama pena sendiri untuk kredit.Isu yang dibawa boleh saja berbentuk politik,isu semasa,isu rakyat,kenegaraan dan sebagainya.Anda juga boleh mengarang pada bila-bila masa mengikut kesesuaian anda sendiri.
Blog ini akan dilink ke website,pages dan grup-grup kendalian kami.Bagi yang sudi menyumbang boleh hubungi kami melalui borang RESPONS ANDA dalam blog ini.Terima kasih diucapkan.

Jumaat, 6 September 2013

PEMIMPIN BAGAIMANA YANG KITA MAHU???

Apakah kriteria yang menjadi keutamaan untuk kita memilih pemimpin di peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Wanita UMNO, Pemuda dan Puteri peringkat pusat?
Adakah kerana jawatannya sebagai menteri/menteri besar/ Tim.menteri supaya kita senang dapat projek?
Atau siapa yang paling banyak beri kita duit?
Atau yang hensem dan cantik?
Kalau ketiga2 kriteria diatas itu menjadi keutamaan didalam pemikiran perwakilan cawangan dalam memilih Pemimpin ..maka sah lah UMNO masih tidak mahu berubah!
tetapi jika ketiga2 kriteria di atas itu ada bersama2 dengan keberanian, kebijaksanaan, berhemah, tinggi kecintaan nya kepada agama dan bangsa... maka itu lah calun paling tepat untuk di pilih sebagai pemimpin tertinggi parti!


- ehsan Bahazelan Wahab.

Khamis, 5 September 2013

SUBSIDI MINYAK DIKURANGKAN 20 SEN...

ehsan dari seorang rakan FB :

~Masuk2 opis, termenung skjap..muhasabah diri sbentar. Sayu mengenangkan kejadian sebentar tadi..Bersyukur atas nikmatMu. Alhamdulillah..Kalau kita terasa susah, ada lagi yang lagi susah. Dan mereka tak pernah merungut, kerana mereka tahu, rungutan mereka tidak akan kemana..Allahhurabbi..

Tiap pg,sblum sampai opis, akn sy berhenti beli nasi lemak di simpang tak jauh dari rumah sewa. Pelanggan tetap pcik tu kononnye (^_^) dan sy pasti akan muncul di sekitar jam 6:30pg. Dan setiap kali berhenti membeli, setiap kali itulah juga anak kecik bernama Ashraf berusia 9 tahun akn membeli nasi lemak di gerai yg sama dgn lengkap berpakaian sekolah. Setiap kali kami membeli diwaktu yg sama, akn sy byrkan nasi lemak yg adik ini mahukan. Pd sy,apalah sgt harga Rm1.50 untuk dikongsi bersama adik comel ni.. Dan dlm kesayuan suaranye, dia tak putus2 ucapkan terima kasih.Mungkin inilah peluang yang Allah berikan utk sy bersedekah. Pernah sy bertanya pdnya, berskolah dimana, awalnye keluar berjalan kaki ke sekolah dimana tinggal dan sbagainye. Katanye, dia bersekolah agak jauh, 25-30 minit berjalan kaki, sbb tu kena keluar awal. (terkenang anak2 sedara dirumah yg sebaya dgn Ashraf, semuanye serba tersedia, walaupun tidaklah semewah mana,tp lbh beruntung dari adik ini..Kesian adik ini..)
Setelah hmpir 3 minggu berulang alik dari umah Ayah Bonda di Kajang (masih dlm mood raya kononnye), maka 3 minggu jugalah sy tak membeli nasi lemak pcik dan tak berjumpa dgn Asyraf. Hinggalah pagi ni, sy memulakankan kembali rutin membeli nsi lemak pcik. Tapi, sy pelik kenapa Asyraf terus berjalan tanpa berhenti di kedai pakcik mcm selalu..sy belikan sebungkus dan sy berhentikan kereta sy disebelah Ashraf.

Jiha: Ashraf~~!! akak tggu ashraf td. knape x beli nasi lemak? dah boring nsi lemak pcik? (cuba bergurau). Nah akak belikan satu.
Ashraf: eh, kak jiha..lama x nmpak.trima ksh byk2 kak. Ashraf igt k.jiha dah pindah. bukan dh boring.Tapi..(muka sayu)
Jiha:ehh..nape mcm sedih je tiba2 ni..jom akak hntr p skolah nk?? (setelah 2-3 kali sy bertnya, barulah adik ini bersuara)
Ashraf: Ashraf tak ada duit nk beli. Sbelum ni mak bagi RM1.50 sehari utk sekolah pagi dan petang,blhla Ashraf beli.Tp, minggu lps mak terpaksa potong duit belanja sebab ayah sakit. Mlm td mak potong lagi sebab mak kata minyak naik, mak perlukan duit lebih untuk tambang ke tempat kerja. Ashraf ada RM0.80 je kak jiha.Takpe la, Ashraf beli karipap je disekolah nnt. Ashraf tak boleh tumpang kak jiha..mak pesan jgn tumpang org.Jangan susahkan org. Nnt mak marah. (sayu dn jujur ank kck ni bercerita. ku tahan air mata dr meleleh mendgr ceritanye )

Puasku pujuk utk hntr ksekolah, akhirnye dia beralah..Ye, mmg jauh sekolahnye. PJS7 ke Kampung Lindungan..Gigihnye die berjalan kaki kerana ilmu. Tanpa menghiraukan bahaya diculik dan bahaya dilanggar kereta sewaktu melintas jalan besar. Gigih juga anak ni bersekolah dari seawal 6:30 pagi hingga 6 petang setiap hari hanya dengan berbekalkan sebungkus nasi lemak..Ya Allah.. (T_T) Dan isu minyak, bkn kita shj yang terkena kesan dari kenaikan harga yg HANYA 20sen tu, tp juga ank2 kecik yg tak tahu apa2 ni..kerana mereka bkn dari keluarga yg senang (org senang merasakan 20 sen tu hanyalah dicelah gigi shj). Tapi bagi org2 yang tak berkemampuan, kerana 20sen, mereka tak mampu lagi utk membeli brg2 asas dan mknan seperti biasa. Dari nasi lemak terpaksa bertukar kepada sekeping karipap satu hari...

-
Walaupun kita mengundi BN, rasanya la, inilah hakikat masyarakat, pedulikan sama ada mereka ini "pembangkang yang tak tahu bersyukur" atau "rakyat yang benar-benar rakyat yang tidak sempat nak fikir pun "politik-politik melayu mudah lupa" yang terkesan dari isu ini". Saya kira, kita perlu rasionalkan pemikiran sehingga ke rakyat paling terbawah.

Barangkali kita selesa dgn ayat "apa sgt la 20 sen tu.." tp bg mereka yg benar2 terkesan, itulah pengorbanan. Jika cerita ini rekaan pun, saya percaya ada kelompok rakyat yang mengalami nasib sebegini. Ini bukan cerita BR1M atau subsidi semata-mata. Ini cerita kita semua.