Ahli UMNO Burukkan Parti Berdepan Tindakan Tegas Dan Gantung Keahlian
KUALA LUMPUR, 12 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan 
Tengku Mansor mengingatkan mana-mana pihak khususnya ahli UMNO yang 
melakukan tindakan negatif dan memburuk-burukkan parti akan dikenakan 
tindakan tegas.
 
 tengku-adnan-mansor-setiausaha-agung-umno
 
 Beliau berkata demikian ekoran maklumat di peringkat UMNO Bahagian yang
 diterima Ibu Pejabat UMNO bahawa terdapat pihak yang bertindak negatif 
termasuklah mengoyak, membakar dan cubaan melakukan politik wang.
 
 “Saya ingin mengingatkan semua pihak khususnya ahli-ahli UMNO agar 
tidak mengambil kesempatan terhadap mana-mana persidangan sama ada untuk
 kepentingan peribadi atau atas agenda lain termasuklah membatalkan 
persidangan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
 
 Ini 
kerana katanya, kuasa pemutus adalah ditentukan oleh Majlis Tertinggi 
sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan dan peraturan parti.
 
 
“Mana-mana ahli UMNO yang secara jelas terlibat dalam anasir-anasir 
sedemikian dan melanggar tataetika ahli UMNO maka mereka akan diambil 
tindakan keras termasuklah digantung keahliannya.”
 
 Katanya, 
Pemilihan UMNO yang bakal berlangsung dengan dikawalselia oleh 
Jawatankuasa Khas Pemilihan UMNO 2013, dilaporkan bahawa Jawatankuasa 
terbabit menerima pelbagai aduan.
 
 “Jawatankuasa tersebut 
bersidang tiap-tiap hari di Ibu Pejabat bagi membincang, menyelaras, 
menyelia dan memastikan setiap aduan berkaitan permasalahan yang timbul 
dapat ditangani dengan adil dan telus seterusnya memberi kaedah 
penyelesaian terbaik.
 
 “Antara aduan-aduan yang diterima oleh 
Jawatankuasa terbabit adalah bersifat dengan sengaja berniat untuk 
memburukkan anggota, cawangan, bahagian atau berniat untuk membatalkan 
mesyuarat yang dijalankan dan aduan yang tidak munasabah.”
 
 
Jelas beliau lagi, Ibu Pejabat juga telah mengenalpasti beberapa UMNO 
Bahagian yang bermasalah seperti di Pulau Pinang, Kelantan, Perak dan 
beberapa negeri yang lain dan Ibu Pejabat sedang meneliti dan 
memperhalusi kaedah terbaik agar setiap masalah dapat diselesaikan 
dengan baik.
 
 Dalam masa yang sama beliau turut menyarankan 
mana-mana anggota, cawangan dan bahagian yang akan bermesyuarat agar 
membuat semakan keahlian bagi mengelakkan sebarang kerumitan dan 
permasalahan berlaku.
 
 “Persidangan cawangan yang berlangsung 
pada tahun 2010, 2011 dan 2012, Ibu Pejabat tidak menerima sebarang 
aduan berkaitan keahlian di mana-mana cawangan namun demikian, dalam 
persidangan cawangan 2013 terdapat pelbagai masalah yang timbul 
barangkali ekoran kelalaian atau kelekaan daripada membuat semakan 
keahlian masing-masing.”
 
 Pemutihan ahli UMNO telah dibuat pada 
tahun 2010, 2011 dan 2012 ekoran daripada pindaan Perlembagaan UMNO pada
 15 Oktober 2009 yang menetapkan agar senarai ahli yang ada di setiap 
bahagian adalah mengikut daftar yang terkini setelah penghapusan yuran 
tahunan ahli selain pentingnya untuk memastikan kesahihan senarai ahli 
UMNO antara bahagian dan Ibu Pejabat.
 
 Sehingga hari ini, 
dilaporkan jumlah perwakilan yang telah selesai melaksanakan 
tanggungjawabnya melalui persidangan cawangan ialah sekitar 53 peratus.
 
 Sebarang permasalahan berkaitan keahlian dan semakan boleh dibuat 
dengan menghubungi talian bebas tol Ibu Pejabat UMNO 1-800-22-8666.
 
 Berikut adalah Siaran Media oleh Setiausaha Agung UMNO.
 
 12 SEPTEMBER 2013
 KENYATAAN MEDIA
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan