
Sudah sampai masanya industri ini diberi lebih 'perhatian' dari kerajaan2 negeri BN. Serangan J.E di Bukit Pelandok, Negeri Sembilan lebih sedekad lalu sepatutnya telah membuka mata kita bahawa ternakan babi sememangnya berbahaya dan mengancam nyawa manusia jika tidak diurus dengan cara yang lebih sistematik. Sistem ternakan yg lebih moden dan tertutup mesti diwajibkan bagi menjamin tidak wujud pencemaran bau, masalah air kumbahan dan isu2 masalah dengan masyarakat setempat. Jangan lagi berlembut dengan segala rayuan dan tuntutan pampasan dari penternak2 babi ini kerana nyawa penduduk setempat malahan nyawa mereka sendiri juga yang jadi taruhan. Adakah kita benar2 mahu menunggu tragedi di Bukit Pelandok berulang dengan jumlah kematian yang lebih dahsyat barulah mahu bertindak ? Sebegitu kecilkah nilai nyawa rakyat dimata kerajaan ? Buktikanlah bahawa kerajaan BN sememangnya Juara Rakyat.
*** wabak J.E yang melanda Bukit Pelandok akhirnya diisytiharkan sebagai virus baru dikenali sebagai Virus Nipah kerana ia dijangkiti secara terus daripada babi kepada manusia dan mengakibatkan pembunuhan lebih 1 juta ekor babi dengan kerugian bernilai hampir RM1 bilion. Wabak tersebut menjangkiti kira2 265 orang,meragut nyawa 105 penduduk tempatan dan kemudian merebak ke Singapura. Virus ini hanya dikenalpasti setelah autopsi dijalankan pada 30 mayat mangsa dan barulah pencarian vaksin dilakukan.
kes lynas ada pulak melayu bersetongkol dgn cina buat demo.... ni haram seko pon tadak
BalasPadam