GERAKAN SOKONG TAYANGAN TANDA PUTERA?
Kedah
Gerakan: Tiada masalah tayang 'Tanda Putera' Gerakan Kedah tidak nampak
sebarang masalah dengan penayangan filem 'Tanda Putera' malam ini
sebagai sebahagian daripada sambutan Kemerdekaan, walaupun bendera parti
itu dipaparkan dengan jelas bersama orang DAP dalam beberapa
adegannya.Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang (kiri)
mempersoalkan tujuan sebenar mereka yang membantah tayangan filem
tersebut di Wisma Darul Aman pada jam 7.30 malam ini.Menteri Besar
Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir telah menjemput ahli kerabat diraja
negeri, ahli Parlimen dan ADUN BN dan Pakatan Rakyat untuk menonton
filem tersebut, tetapi mereka dari Pakatan memutuskan untuk memboikot
kerana mendakwa filem itu mengandungi sensitiviti perkauman.Tan
sebaliknya menasihatkan mereka supaya menonton filem terlebih dahulu,
sambil menegaskan bahawa 'mereka banyak mengulas tentang hal itu tanpa
menontonnya'.Beliau menyifatkannya sebagai satu duluan (precedent) yang
tidak baik jika tayangan filem itu
dihentikan berdasarkan kepentingan politik sendiri.Tan ( kiri) mengakui
bahawa bendera Gerakan juga dipaparkan dengan jelas bersama orang DAP
semasa adegan ganas dan berdarah untuk menggambarkan keadaan semasa
rusuhan kaum pada 13 Mei 1969."Tetapi ini adalah benar setakat yang saya
tahu. Saya tidak nampak bahagian mana yang tidak benar. Mungkin saya
tidak pasti ketulenan adegan kecil dalam filem ini tetapi secara
umumnya, ia adalah kisah yang benar kerana saya memberi lebih tumpuan
kepada persahabatan antara bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak
Hussein dan timbalannya Tun Ismail Abdul Rahman," katanya."Gerakan tidak
boleh komplen tentang bagaimana ia digambarkan dalam filem itu kerana
kita sememangnya sebahagian daripada pembangkang pada masa itu," kata
Tan.Tan berkata filem itu telah menunjukkan dengan betul bahawa Presiden
Gerakan ketika itu, Dr Lim Chong Eu membuat pendirian untuk menyokong
Tun Razak kerana "kepentingan negara" dan untuk menyelesaikan pergolakan
politik kerana konflik perkauman pada ketika itu."Wakil Pakatan Rakyat,
dengan mengatakan mereka akan memboikot filem itu, adakah mereka juga
mengatakan bahawa Umno patut memboikot filemThe New Village?" tanya Tan.
- ehsan rakyat nasionalis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan