Khamis, 12 September 2013
Rabu, 11 September 2013
GERAKAN SOKONG TAYANGAN TANDA PUTERA?
Kedah Gerakan: Tiada masalah tayang 'Tanda Putera' Gerakan Kedah tidak nampak sebarang masalah dengan penayangan filem 'Tanda Putera' malam ini sebagai sebahagian daripada sambutan Kemerdekaan, walaupun bendera parti itu dipaparkan dengan jelas bersama orang DAP dalam beberapa adegannya.Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang (kiri) mempersoalkan tujuan sebenar mereka yang membantah tayangan filem tersebut di Wisma Darul Aman pada jam 7.30 malam ini.Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir telah menjemput ahli kerabat diraja negeri, ahli Parlimen dan ADUN BN dan Pakatan Rakyat untuk menonton filem tersebut, tetapi mereka dari Pakatan memutuskan untuk memboikot kerana mendakwa filem itu mengandungi sensitiviti perkauman.Tan sebaliknya menasihatkan mereka supaya menonton filem terlebih dahulu, sambil menegaskan bahawa 'mereka banyak mengulas tentang hal itu tanpa menontonnya'.Beliau menyifatkannya sebagai satu duluan (precedent) yang tidak baik jika tayangan filem itu dihentikan berdasarkan kepentingan politik sendiri.Tan ( kiri) mengakui bahawa bendera Gerakan juga dipaparkan dengan jelas bersama orang DAP semasa adegan ganas dan berdarah untuk menggambarkan keadaan semasa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969."Tetapi ini adalah benar setakat yang saya tahu. Saya tidak nampak bahagian mana yang tidak benar. Mungkin saya tidak pasti ketulenan adegan kecil dalam filem ini tetapi secara umumnya, ia adalah kisah yang benar kerana saya memberi lebih tumpuan kepada persahabatan antara bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Ismail Abdul Rahman," katanya."Gerakan tidak boleh komplen tentang bagaimana ia digambarkan dalam filem itu kerana kita sememangnya sebahagian daripada pembangkang pada masa itu," kata Tan.Tan berkata filem itu telah menunjukkan dengan betul bahawa Presiden Gerakan ketika itu, Dr Lim Chong Eu membuat pendirian untuk menyokong Tun Razak kerana "kepentingan negara" dan untuk menyelesaikan pergolakan politik kerana konflik perkauman pada ketika itu."Wakil Pakatan Rakyat, dengan mengatakan mereka akan memboikot filem itu, adakah mereka juga mengatakan bahawa Umno patut memboikot filemThe New Village?" tanya Tan.
- ehsan rakyat nasionalis.
BERTAHANKAH AKIDAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA???
Serangan terhadap akidah orang Islam terutama melayu tidak akan berhenti dengan kekalahan mereka dalam pru ke 13 lepas.
Akan timbul lagi pelbagai slogan dan simbol bagi mengaburi hasrat
mereka menyesatkan umat Islam terutama bangsa Melayu di Malaysia.
Agensi-agensi Islam kerajaan dan NGO Islam perlu mengembleng tenaga,
idea , prasarana, kewangan dan sebagainya bagi menjalankan
aktiviti-aktiviti dakwah secara terus menerus dan berkesan agar umat
Islam melayu khususnya tidak terpengaruh dan terperdaya dengan
dakyah-dakyah songsang mereka.
Usahlah hendak bergantung harap
sangat dengan parti politik yang berjenama Islam, kerana dari sebelum
merdeka sehingga kini ....entahlah nak cakap.
- ehsan Mohammad Firdaus Hasnel
Selasa, 10 September 2013
TAK HABIS2 DENGAN 20 SEN !!!
Kerana pengurangan subsidi minyak 0.20 sen seliter ......
1)Tau kah anda 70% jumlah minyak penggunanya ada lah mereka yang berpendapatan tinggi!
2)Tau kah anda lebih 70 % mereka yang berpendapatan tinggi, peniaga dan usahaan itu bukan bangsa melayu!
3)Tau kah anda penguna minyak oleh mereka yang berpendapatan rendah itu
menggunakan sekitar 2 liter sahaja sehari adalah hampir 80% ada lah
melayu dan akan diberikan semula hasil pengurangan subsidi ini dalam
bentuk lain seperti BR1M dan lain2 kemudahan/bantuan kerajaan kepada
mereka!
4) Tau kah anda kesan
berantai menaikkan harga barang akibat pengurangan subsidi ini di buat
oleh mereka yang berpendatan tinggi, peniaga dan usahawan dengan
menaikkan harga untuk menekan rakyat itu 70% adalah bangsa bukan melayu!
Andai kita faham sebab musabab penarikan subsidi ini anda akan berasa
bersyukur dan akan berterima kasih kepada kerajaan kerana bantuan dan
subsidi selama ini untuk minyak di kaut oleh mereka yg berpendapatan
tinggi, peniaga dan usahawan dan kerajaan sedang berusaha untuk
memberikan balek subsidi ini dalam bentuk lain kepada mereka yang lebih
layak dibantu!
- Ehsan Bahazelan Wahab.
SEMUA MENTERI TAK PAYAH TANDING KERUSI MT ????
Akhir akhir ini semua orang di sana sini bercerita dan bercakap pasal
Pemilihan UMNO 2013 di serata ceruk negara setiap hari pagi petang siang
malam si polan ini layak dok MT ..si polan ini layak jadi Naib Presiden
..si Anu layak jadi ketua ini dan itu.
Keputusan PRU 12 dah terok ..PRU 13 bertambah terok walau pun dapat balik beberapa negeri ke tangan BN .. Tapi bila sampai Pemilihan UMNO ..masing masing lupa akan kesilapan kesilapan yang berlaku pada 2 PRU yang lalu.. Selain dari menyalahkan Tsunami yang tak berapa Tsunami tu.. Kesilapan sendiri pihak atasan parti berlalu begitu saja ..kesilapan petugas petugas parti yang bekerja bermati matian akan dikorek sampai ke lubang cacing..kemudian dihebohkan sekampung ..senegeri sampai ke seluruh negara..
Suatu masa dulu kalau kita masih ingat lah .. Kakitangan kerajaan serta ahli2 parti lain cukup hormat dan gerun bila ketua sayap sayap dan naib naib presiden UMNO bersuara ..kalau boleh mereka tak mahu dengar suara Timbalan Presiden atau Presiden UMNO bersuara.. tapi hari ini ..suara Presiden UMNO pun mereka buat tak tahu jer..
UMNO parti utama dalam BARISAN NASIONAL ..tapi lihat lah sekarang ini parti parti komponen dah hilang HORMAT mereka kepada UMNO .. sedih betul rasanya .
Dalam keadaan begini pun para pemimpin UMNO masih nak mendabik dada .. berebut jawatan sesama sendiri ..sedar lah wahai para pemimpin bahawa hari ini bangsa mu yakni bangsa MELAYU sudah terbahagi kepada 3 puak dan UMNO hanya mewakili 1 daripada 3 puak MELAYU itu .. BERUBAH LAH
Kembali lah kepada asal .. PARTI MENGUASAI KERAJAAN dan bukan saperti sekarang KERAJAAN MENGUASAI PARTI ..
Kepada para pemimpin yang SUDAH DILANTIK SEBAGAI MENTERI dan TIMBALAN MENTERI tu .. TAK PAYAH LAH BERTANDING KERUSI MAJLIS TERTINGGI .. TUMPUKAN PERHATIAN dan KERJA serta AMANAH yang telah diberikan kepada awak semua sebagai MENTERI dan TIMBALAN MENTERI... BIARLAH para pemimpin yang BUKAN dari kalangan para menteri menduduki kerusi AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO .. Supaya mereka ini dapat menumpukan perhatian serta masa mereka untuk memulihkan serta memperkukuhkan semula UMNO untuk menghadapi PRU 14 nanti..
Kita semua sama sama sayangkan parti UMNO ini ..PULIHKAN HARGA DIRI UMNO DEMI BANGSA MELAYU DEMI AGAMA dan DEMI MALAYSIA TANAHAIR TUMPAH DARAHKU
HIDUP UMNO !! HIDUP MELAYU !! HIDUP UMNO !! HIDUP MELAYU !! HIDUP UMNO !!

- ehsan Zul Mohd.
Isnin, 9 September 2013
Perjuangan Yang Hanya Berbekalkan....
Perjuangan yang hanya berbekal kan semangat kental sahaja akan tewas jika tanpa strategi, perancangan dan ilmu!
Sejarah membuktikan orang yang mengamuk sebab tidak mampu menahan sabar
dan berfikir dia mampu membunuh semua orang dengan amarahnya sering
berakhir dengan dia mati dibunuh!
- ehsan Bahazelan Wahab.
WAHAI ANAK MUDA !!!
Disebabkan kenaikan 2 kupang tu ja 90% anak2 muda harapan bangsa beralih arah???!!!
Masalah ekonomi M'sia siapa yang tau..
Negeri Taklukan PR dijanjikan penurunan harga minyak..
Warga Penang masih menunggu janji2 Itu
Tapi sampai saat ni pun..arRGgHh,malaih laa nak kondemn banyak2 sangat!!
Wahai anak2 muda,sedar Laa..hidup dengan janji2 tak mungkin menjamin masa depan rakyat.
Wahai parasit2 yang lupa diri..
Parasit2 yang mulakan dulu agenda menjajah fikiran anak2 muda dengan MEWAS2KAN KETUANAN MELAYU...
#Sang SaKa Cuba Nak Berkibar Megah

- ehsan Azlina Sofea
Ahad, 8 September 2013
MELAYU TAU KRITIK JE..???
Celik
jer mata terus bangun dari tidor subuh2 hari ..... selepas mandi dan
buat apa yang patut terus capai pisau getah dan pergi menoreh .. dan itu
lah rutin harian dah berpuloh tahun... sebelah petang dok kedai kopi
dok sembang tentang betapa bodohnya si nelayan yang tak pandai menangkap
ikan dan jual ikan mahal! adalah malang dan amat janggal apabila orang
yang bukan pakar mengkritik benda yang bukan bidang dia...! itu lah
kebanyakan sifat orang melayu masa kini...
- ehsan Bahazelan Wahab.
- ehsan Bahazelan Wahab.
ANDA MAHU MENGARANG DI SINI?
Peluang terbuka untuk anda mengarang diblog ini sebagai pengarang jemputan.Walaubagaimanapun semua bahan karangan adalah tanggungjawab anda sendiri sepenuhnya.Anda boleh saja menggunakan nama pena sendiri untuk kredit.Isu yang dibawa boleh saja berbentuk politik,isu semasa,isu rakyat,kenegaraan dan sebagainya.Anda juga boleh mengarang pada bila-bila masa mengikut kesesuaian anda sendiri.
Blog ini akan dilink ke website,pages dan grup-grup kendalian kami.Bagi yang sudi menyumbang boleh hubungi kami melalui borang RESPONS ANDA dalam blog ini.Terima kasih diucapkan.
Jumaat, 6 September 2013
PEMIMPIN BAGAIMANA YANG KITA MAHU???
Apakah
kriteria yang menjadi keutamaan untuk kita memilih pemimpin di
peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Wanita UMNO, Pemuda dan
Puteri peringkat pusat?
Adakah kerana jawatannya sebagai menteri/menteri besar/ Tim.menteri supaya kita senang dapat projek?
Atau siapa yang paling banyak beri kita duit?
Atau yang hensem dan cantik?
Kalau ketiga2 kriteria diatas itu menjadi keutamaan didalam pemikiran perwakilan cawangan dalam memilih Pemimpin ..maka sah lah UMNO masih tidak mahu berubah!
tetapi jika ketiga2 kriteria di atas itu ada bersama2 dengan keberanian, kebijaksanaan, berhemah, tinggi kecintaan nya kepada agama dan bangsa... maka itu lah calun paling tepat untuk di pilih sebagai pemimpin tertinggi parti!

Khamis, 5 September 2013
SUBSIDI MINYAK DIKURANGKAN 20 SEN...
ehsan dari seorang rakan FB :
~Masuk2 opis, termenung skjap..muhasabah diri sbentar. Sayu
mengenangkan kejadian sebentar tadi..Bersyukur atas nikmatMu.
Alhamdulillah..Kalau kita terasa susah, ada lagi yang lagi susah. Dan
mereka tak pernah merungut, kerana mereka tahu, rungutan mereka tidak
akan kemana..Allahhurabbi..
Tiap pg,sblum sampai opis, akn sy
berhenti beli nasi lemak di simpang tak jauh dari rumah sewa. Pelanggan
tetap pcik tu kononnye (^_^) dan sy pasti akan muncul di sekitar jam
6:30pg. Dan setiap kali berhenti membeli, setiap kali itulah juga anak
kecik bernama Ashraf berusia 9 tahun akn membeli nasi lemak di gerai yg
sama dgn lengkap berpakaian sekolah. Setiap kali kami membeli diwaktu yg
sama, akn sy byrkan nasi lemak yg adik ini mahukan. Pd sy,apalah sgt
harga Rm1.50 untuk dikongsi bersama adik comel ni.. Dan dlm kesayuan
suaranye, dia tak putus2 ucapkan terima kasih.Mungkin inilah peluang
yang Allah berikan utk sy bersedekah. Pernah sy bertanya pdnya,
berskolah dimana, awalnye keluar berjalan kaki ke sekolah dimana tinggal
dan sbagainye. Katanye, dia bersekolah agak jauh, 25-30 minit berjalan
kaki, sbb tu kena keluar awal. (terkenang anak2 sedara dirumah yg sebaya
dgn Ashraf, semuanye serba tersedia, walaupun tidaklah semewah mana,tp
lbh beruntung dari adik ini..Kesian adik ini..)
Setelah hmpir 3
minggu berulang alik dari umah Ayah Bonda di Kajang (masih dlm mood raya
kononnye), maka 3 minggu jugalah sy tak membeli nasi lemak pcik dan tak
berjumpa dgn Asyraf. Hinggalah pagi ni, sy memulakankan kembali rutin
membeli nsi lemak pcik. Tapi, sy pelik kenapa Asyraf terus berjalan
tanpa berhenti di kedai pakcik mcm selalu..sy belikan sebungkus dan sy
berhentikan kereta sy disebelah Ashraf.
Jiha: Ashraf~~!! akak
tggu ashraf td. knape x beli nasi lemak? dah boring nsi lemak pcik?
(cuba bergurau). Nah akak belikan satu.
Ashraf: eh, kak jiha..lama x nmpak.trima ksh byk2 kak. Ashraf igt k.jiha dah pindah. bukan dh boring.Tapi..(muka sayu)
Jiha:ehh..nape mcm sedih je tiba2 ni..jom akak hntr p skolah nk?? (setelah 2-3 kali sy bertnya, barulah adik ini bersuara)
Ashraf: Ashraf tak ada duit nk beli. Sbelum ni mak bagi RM1.50 sehari
utk sekolah pagi dan petang,blhla Ashraf beli.Tp, minggu lps mak
terpaksa potong duit belanja sebab ayah sakit. Mlm td mak potong lagi
sebab mak kata minyak naik, mak perlukan duit lebih untuk tambang ke
tempat kerja. Ashraf ada RM0.80 je kak jiha.Takpe la, Ashraf beli
karipap je disekolah nnt. Ashraf tak boleh tumpang kak jiha..mak pesan
jgn tumpang org.Jangan susahkan org. Nnt mak marah. (sayu dn jujur ank
kck ni bercerita. ku tahan air mata dr meleleh mendgr ceritanye )
Puasku pujuk utk hntr ksekolah, akhirnye dia beralah..Ye, mmg jauh
sekolahnye. PJS7 ke Kampung Lindungan..Gigihnye die berjalan kaki kerana
ilmu. Tanpa menghiraukan bahaya diculik dan bahaya dilanggar kereta
sewaktu melintas jalan besar. Gigih juga anak ni bersekolah dari seawal
6:30 pagi hingga 6 petang setiap hari hanya dengan berbekalkan sebungkus
nasi lemak..Ya Allah.. (T_T) Dan isu minyak, bkn kita shj yang terkena
kesan dari kenaikan harga yg HANYA 20sen tu, tp juga ank2 kecik yg tak
tahu apa2 ni..kerana mereka bkn dari keluarga yg senang (org senang
merasakan 20 sen tu hanyalah dicelah gigi shj). Tapi bagi org2 yang tak
berkemampuan, kerana 20sen, mereka tak mampu lagi utk membeli brg2 asas
dan mknan seperti biasa. Dari nasi lemak terpaksa bertukar kepada
sekeping karipap satu hari...
- Walaupun
kita mengundi BN, rasanya la, inilah hakikat masyarakat, pedulikan sama
ada mereka ini "pembangkang yang tak tahu bersyukur" atau "rakyat yang
benar-benar rakyat yang tidak sempat nak fikir pun "politik-politik
melayu mudah lupa" yang terkesan dari isu ini". Saya kira, kita perlu rasionalkan pemikiran sehingga ke rakyat paling terbawah.
Barangkali
kita selesa dgn ayat "apa sgt la 20 sen tu.." tp bg mereka yg benar2
terkesan, itulah pengorbanan. Jika cerita ini rekaan pun, saya percaya
ada kelompok rakyat yang mengalami nasib sebegini. Ini bukan cerita BR1M
atau subsidi semata-mata. Ini cerita kita semua.
Langgan:
Catatan (Atom)