Rabu, 2 Julai 2014

PEMBERI SEDEKAH PUN DIHUKUM - TINDAKAN DBKL KEJAM???

MUNGKIN ADA YANG KATA KEJAM,TAPI SETIAP KALI SEBELUM KITA  SEDEKAHKAN WALAU RM1... TANYA PADA DIRI KITA SOALAN BERIKUT :

1- ADAKAH YG MENGEMIS ITU BETUL2 SUSAH?
2- ADAKAH PENGEMIS ITU RAKYAT KITA DAN BUKAN PENDATANG HARAM?
3- ADAKAH ANAK KECIL YG MENGEMIS ITU,BUKAN ANAK MANGSA PENCULIKAN?
4- ADAKAH KITA SEDAR,MENGEMIS DI MALAYSIA IALAH SATU INDUSTRI?
5- ADAKAH KITA SEDAR DENGAN PEMBERIAN RM1 ITU MAMPU MENYUMBANG PADA KES2 PENCULIKAN?
6- ADAKAH KITA SEDAR PEMBERIAN KITA ITU MENYEBABKAN KITA BERSUBAHAT SECARA TIDAK LANGSUNG DENGAN SINDIKET PEMERDAGANGAN ORANG?

ISU INI PERLU DILIHAT DARI SUDUT GAMBARAN YANG LEBIH BESAR DAN BUKAN DARI PERSPEKTIF KEMANUSIAAN DAN GANJARAN PAHALA SEMATA2.MASIH BANYAK SALURAN YG BOLEH KITA SALURKAN SEDEKAH2 ITU.DAN MENGEMIS INI BUKAN SAHAJA MEMINTA SEMATA2,MALAHAN GOLONGAN 'OKU' YG MENJUAL TISU,ANAK2 KECIL YG MENJUAL BAHAN2 AGAMA DAN MAKCIK2 YG MENJUAL KEREPEK DARI MEJA KE MEJA JUGA SEBAHAGIAN BESARNYA DIURUSKAN OLEH SINDIKET SEPERTI YANG PERNAH DILAPORKAN OLEH AKHBAR SUATU KETIKA DULU ~ admin.

PUTRAJAYA - Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
  
Beliau berkata langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara.
  
Tengku Adnan berkata keputusan itu diambil selepas pihaknya bermesyuarat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa agensi berkaitan baru-baru ini yang antara lain, membincangkan masalah kebersihan serta isu gelandangan.
  
"Kita akan ambil satu kaedah di mana yang pemberi kita akan saman dan penerima pula akan kita 'angkut' kerana kebanyakan peminta sedekah ini adalah orang asing.
  
"Selain itu, badan bukan kerajaan yang memberi makanan secara percuma kepada gelandangan juga akan ditetapkan tempatnya dan tidak boleh merata-rata tempat kerana ini akan mengundang kekotoran," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Nur Ramadan peringkat Putrajaya malam ini.
  
Terdahulu, dalam ucapannya, Tengku Adnan berkata kementerian itu dan agensi di bawahnya akan mengadakan majlis berbuka puasa di semua 13 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan agar dapat mendengar permasalan rakyat dan lokasi pertama ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
  
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 780 penerima antaranya anak yatim, fakir miskin dan orang kelainan upaya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan