Selasa, 10 September 2013

SEMUA MENTERI TAK PAYAH TANDING KERUSI MT ????

Akhir akhir ini semua orang di sana sini bercerita dan bercakap pasal Pemilihan UMNO 2013 di serata ceruk negara setiap hari pagi petang siang malam si polan ini layak dok MT ..si polan ini layak jadi Naib Presiden ..si Anu layak jadi ketua ini dan itu.

Keputusan PRU 12 dah terok ..PRU 13 bertambah terok walau pun dapat balik beberapa negeri ke tangan BN .. Tapi bila sampai Pemilihan UMNO ..masing masing lupa akan kesilapan kesilapan yang berlaku pada 2 PRU yang lalu.. Selain dari menyalahkan Tsunami yang tak berapa Tsunami tu.. Kesilapan sendiri pihak atasan parti berlalu begitu saja ..kesilapan petugas petugas parti yang bekerja bermati matian akan dikorek sampai ke lubang cacing..kemudian dihebohkan sekampung ..senegeri sampai ke seluruh negara..

Suatu masa dulu kalau kita masih ingat lah .. Kakitangan kerajaan serta ahli2 parti lain cukup hormat dan gerun bila ketua sayap sayap dan naib naib presiden UMNO bersuara ..kalau boleh mereka tak mahu dengar suara Timbalan Presiden atau Presiden UMNO bersuara.. tapi hari ini ..suara Presiden UMNO pun mereka buat tak tahu jer..

UMNO parti utama dalam BARISAN NASIONAL ..tapi lihat lah sekarang ini parti parti komponen dah hilang HORMAT mereka kepada UMNO .. sedih betul rasanya .
Dalam keadaan begini pun para pemimpin UMNO masih nak mendabik dada .. berebut jawatan sesama sendiri ..sedar lah wahai para pemimpin bahawa hari ini bangsa mu yakni bangsa MELAYU sudah terbahagi kepada 3 puak dan UMNO hanya mewakili 1 daripada 3 puak MELAYU itu .. BERUBAH LAH

Kembali lah kepada asal .. PARTI MENGUASAI KERAJAAN dan bukan saperti sekarang KERAJAAN MENGUASAI PARTI ..

Kepada para pemimpin yang SUDAH DILANTIK SEBAGAI MENTERI dan TIMBALAN MENTERI tu .. TAK PAYAH LAH BERTANDING KERUSI MAJLIS TERTINGGI .. TUMPUKAN PERHATIAN dan KERJA serta AMANAH yang telah diberikan kepada awak semua sebagai MENTERI dan TIMBALAN MENTERI... BIARLAH para pemimpin yang BUKAN dari kalangan para menteri menduduki kerusi AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO .. Supaya mereka ini dapat menumpukan perhatian serta masa mereka untuk memulihkan serta memperkukuhkan semula UMNO untuk menghadapi PRU 14 nanti..

Kita semua sama sama sayangkan parti UMNO ini ..PULIHKAN HARGA DIRI UMNO DEMI BANGSA MELAYU DEMI AGAMA dan DEMI MALAYSIA TANAHAIR TUMPAH DARAHKU

HIDUP UMNO !! HIDUP MELAYU !! HIDUP UMNO !! HIDUP MELAYU !! HIDUP UMNO !!

- ehsan Zul Mohd.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan